Katakan kepada mereka
mesra kita ini bukanlah sandiwara
aku bukan seorang pelakonnya
dan kamu
tentulah bukan seorang sutradara.
Katakan juga
tidak ada episod-episod duka
dan tiada nestapa
ketika kita menganyam cinta
atau ketika kita menyulam kasih.
Mac 2012
wirawandesa
melihat ke dalam jiwa, berkata hanya yang nyata.
Saturday, March 31, 2012
Saturday, December 31, 2011
SELAMAT TAHUN BARU
Jika dapat diundurkan masa
biar kita kembali
ulangi hidup dari mula
sambil menyulam di mana kekosongan
dengan akal budi dan tulus hati.
Jika masa dapat menanti
hari tidak berlalu sepantas ini
dan kita sempat membaiki diri
melakar wajah secantik dewa dewi
menjadi insan hakiki.
Tapi kita tetap dihidangkan
tahun baru yang menjelang
dan tentu tidak sempat
mencari jalan pulang.
- 31 Disember 2011
.
biar kita kembali
ulangi hidup dari mula
sambil menyulam di mana kekosongan
dengan akal budi dan tulus hati.
Jika masa dapat menanti
hari tidak berlalu sepantas ini
dan kita sempat membaiki diri
melakar wajah secantik dewa dewi
menjadi insan hakiki.
Tapi kita tetap dihidangkan
tahun baru yang menjelang
dan tentu tidak sempat
mencari jalan pulang.
- 31 Disember 2011
.
Sunday, November 13, 2011
EGO SEORANG PEREMPUAN
Tidak dinafikan bahawa setiap orang ada sifat egonya. Kalau tiada rasa ego, ia bukanlah manusia dan bukan juga binatang kerana binatang juga ada rasa ego ini. Bagaimanapun, kita boleh menyembunyikan ego kita itu agar tidak ketara dinilai orang. Macam-macam cara boleh kita lakukan supaya orang tidak nampak ego kita itu. Mahu dengan tidak sahaja atau kata orang, ‘tepuk dada tanya selera’.
Tetapi perempuan yang seorang ini tidak pandai menyembunyikan egonya. Dia langsung tidak pedulikan apa orang lain kata, dia terus macam itu juga. Dan akhir-akhir ini egonya semakin menjadi-jadi.
Sebagai isteri seorang pemimpin ulung, sepatutnya beliah harus pandai menjaga emosi dan egonya. Kalau dapat dan berupaya, sembunyikan ego itu demi masa depan politik suaminya. Beliau harus tahu bahawa suaminya bakal tersungkur pada abila-bila masa kerananya.
Beliau baru pulang dari Mekah mewnunaikan ‘Haji’ tapi masih juga tidak berubah. Masih juga sama seperti sebelum ke tanah suci dulu. Masih juga mendedahkan diri kepada keritikan-kritikan tentang imejnya itu. Padahak bekiau tahu dan sedar imejnya sentiasa menjadi isu yang tertanggung atas kepala suaminya.
Kalau beliau pandai, egonya telah disembunyikan dan imejnya telah berubah juga demi menjaga kehormatan suaminya. Apalah ruginya jika beliau menerima csadangan dari sebahagian besar rakyat jelata yang berharap beliau akan mengenakan tudung selepas pulang dari Mekah? Sedikitpun tidak rugi malah dapat memberi laba politik pula kepada suaminya.
Semua orang percaya kalau perempuan ini menampilkan diri dengan imej bertudung selari dengan status ‘HAJJAH’ yang ada padanya, orang akan senyap dan tidak menyerang beliau dan suami beliau lagi. Biarpun sebelum ini beliau telah mencemarkan reputasi suaminya dengan berbagai aktiviti ‘campurtangan’ dalam pentadbiran negara.
Kita sudah ada Tadika, beliau mengganggu dengan perkenalkan pula Permata. Kita sudah ada Kementerian Pelajaran, beliau juga bercakap seolah-olah beliaulah Menteri Pelajaran. Semua beliau mahu masuk campur sedangkan beliau hanyalah seorang isteri kepada seorang lelaki.
Itulah perempuan tidak sedar diri bernama Rosmah Mansor.

Friday, October 28, 2011
BEBUAS: IA BUKAN SEKADAR ULAM
Bebuas adalah sejenis pokok yang daunnya dijadikan ulam oleh orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung. Ia tumbuh liar di kawasan-kawasan semak dan juga di tepi-tepi jalan. Berbatang keras dan berdaun hijau. Disetengah tempat ia dikenali sebagai pokok buas-buas.
Pokok ini dipanggil Premma cordifola dalam bahasa botaninya.
Daunnya terutama pucuknya dijadikan ulam oleh kebanyakan orang Melayu. Pucuknya yang rangup dan sedikit pahit boleh menambah selera makan. Ia dimakan menatah atau boleh juga direbus terlebih dahulu.
Antara khasiatnya adalah ia boleh membuang angin dalam badan dengan cepat. Manakala rebusan pucuknya apabila dimakan, boleh mengtasi masalah caing dalam badan. Bagi wanita pula, bebuas boleh membantu menambah kandungan susu ibu.

Wednesday, October 19, 2011
DOA DAN HARAPAN
Entah mengapa
hati terasa resah dan bimbang
sebaik pulang
dari dosa yang tidak terampun
dan dosa yang terhimpun.
Semoga masih ada
lorong suci yang aku lalui
mencari semula hidup yang hilang
ketika senja hampir menjelang.
Kepadamu, ya Tuhan
aku serahkan pengharapan
segala doa dan kemahuan.
- Oktober 2011
hati terasa resah dan bimbang
sebaik pulang
dari dosa yang tidak terampun
dan dosa yang terhimpun.
Semoga masih ada
lorong suci yang aku lalui
mencari semula hidup yang hilang
ketika senja hampir menjelang.
Kepadamu, ya Tuhan
aku serahkan pengharapan
segala doa dan kemahuan.
- Oktober 2011
Friday, August 19, 2011
TIDAK ADA YANG PELIK DENGAN BACAAN QURAN DI MASJID
Ketika saya masih kecil dan tinggal di kampung di pinggir bandar Akor Setar, Kedah, ada beberapa keluarga keturunan Cina menjalankan perniagan di sekitar masjid kami yang hampir dengan jalanraya. Dan masjid itulah menjadi tempat persinggahan orang-orang kampung semasa pergi dan balik dari membeli barang-barang keperluan di kedai-kedai milik kaum Cina tersebut.
Salah seorang Cina yang saya masih ingat ialah Ng Hock Jin yang memiliki sebuah kilang beras di situ. Pejabat dan ruang tamunya memang benar-benar hampir dengan masjid kami dan tentunya beliau dapat mengikuti dengan jelas setiap bualan dan juga apa-apa bacaan Al-Quran yang sentiasa berkumandang saban waktu solat. Malah bacaan surah-surah dari imam masjid juga tidak terlepas dari pendengarannya.
Satu pagi ketika melakukan solat Subuh, Pak Imam tersangkut-sangkut membaca Surah ‘Qulya’. Beberapa kali diulang-ulang ayat yang sama (ayat kelima) tanpa dapat menyambungnya dengan ayat seterusnya sehinggalah seorang makmum membantu. Dan akhirnya solat Subuh pagi itu berjalan hingga selesai.
Cerita ini tidak berakhir di situ. Dan pagi tersebut semasa beberapa orang tua-tua bersarapan di kedai kopi berhampiran, Ng Hock Jin juga turut sama bersarapan di situ. Ketika bersalam dengan Pak Imam beliau sempat berseloroh bertanya Imam tentang bacaan yang tersangkut-sangkut ketika solat Subuh tadi.
“ Apa pasai tadi, Pak Imam? Haiya! ‘Lakum Di Nukum’ takdak mari ka? Itu ‘ Wala Antum ‘A Bidu Nama Akbud’ kasi ulang-ulang banyak kali apa pasai?”
Semua orang terkejut dengan pertanyaan itu. Rupanya selama tempoh itu Hock Jin ini mengikuti setiap bacaan Imam di masjid. Malah mengikuti juga setiap bacaan yang disiarkan dari penmbesar suara masjid itu. Rupanya bukanlah sesuatu yang pelik tentang bacaan Quran yang amat digeruni orang-orang Pulau Pinang sehingga ianya hendak diharamkan.
Selain bacaan tersebut dapat membangunkan orang-orang sekeliling yang seharusnya bangun awal bagi menghadapi penghidupan di hari seterusnya, ia bukanlah sesuatu yang pelik dan patut digeruni. Kalau tidak ada bacaan tersebut pun, semua orang tetap hendak bangun juga untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Tidak adapun satu kemudaratan yang timbul dari bacaan-bacaan yang berkumandang dari pembesar suara masjid.
Apa yang peliknya? Kalau Ng Hock Jin dan kawan-kawan sebangsa dengannya di kampung saya dapat menerima bacaan tersebut sebagai piawai untuk bangun awal, mengapa kita tidak boleh? Kenapa ia harus diharamkan kerana beberapa orang yang tidak mahu bangun awal membantah?
Tuesday, July 26, 2011
KERANA SEORANG AMBIGA
Seorang Ambiga ada kuasa
pintu istana boleh dibuka
Haji Hadi hilang jubahnya
Sasterawan Negara tercemar reputasinya
Anwar jadi semakain gila
semuanya kerana seorang Ambiga.
Kerana seorang Ambiga
Melayu menderhaka pada rajanya
Melayu berkelahi sesama bangsanya
Melayu hilang perjuangannya
Melayu menjadi lembu dan kuda
Semuanya kerana seorang Ambiga
Kerana seorang Ambiga
Semua bangsa memain peranannya
Cina menjadi perencana
Melayu menjadi kuda.
Yang terpekik adalah melayu
yang memenuhi lorong dan jalan adalah Melayu
yang hilang mata pencarian adalah Melayu
yang melawan perintah raja adalah Melayu
yang berkelahi dengan bangsanya juga Melayu
semuanya kerana seorang Ambiga.
Sultan mencemar duli mengadap Ambiga
istana membuka pintu hanya kepada Ambiga
negara porak peranda
kedai-kedai tutup semua
jalanraya macam diserang geroda
semuanya angkara seorang Ambiga.
Siapa Ambiga?
Malaikat utusan keramat?
Setiap katanya adalah kata penuh hikmat?
Atau kita yang sebebnarnya keparat
yang gagal melihat dan mendengar?
9 Julai 2011
Monday, July 25, 2011
POKOK BELALAI RAMA
Pokok Belalai Rama banyak terdapat di kawasan lembab terutama di kawsan yang hampir dengan sawah padi. Pokok ini memerlukan sedikit air bagi mempercepatkan pertumbuhan daun-daun yang baru seterusnya boleh mengeluarkan bunga yang panjang dan banyak.
Tumbuhan ini digunakan di kampung-kampung bagi mengubati batuk dan sedu. Biasanya daun dan bunga Belalai Rama diupar deng tapak tangan dan dicampur dengan sedikit bedak sejuk. Bahan ini disapukan di leher dan bahagian kerongkong pesakit pada waktu malam sebelum tidur.
Pokok ini dapat dibiakkan secara percambahan biji benih yang terdapat di dalam bunganya yang telah matang. Bunga yang matang bertukar dari putih menjadi putih kemerahan.
Saturday, June 25, 2011
MAHARAJA LAWAK YANG TIDAK LAWAK
Keputusan program Maharaja Lawak kendalian Astro telahpun diumumkan. Mahu tidak mahu, terima sahajalah ‘kumpulan Sepah’ yang berasal dari Johor sebagai juara dan dinobatkan sebagai ‘Maharaja’ program tersebut walaupun sebenarnya terlalu banyak yang boleh dipertikaikan.
Bak kata orang, ‘rumah sudah pahat berbunyi’. Tetapi hakikatnya memang pahat terpaksa berbunyi kerana selagi rumah tidak siap tidak nampak cacat celanya. Ramai yang menjangkakan ‘Jozan’ patut menjadi juara walaupun kalungan bunga kemenangan seakan menjadi milik ‘Nabil’. Malangnya Sepah menduduki carta teratas walaupun jenaka mereka amat menyakitkan.
Entah kenapa, ramai antara kita masih terpukau dengan jenaka yang amat memalukan dengan menyentuh keperibadian seseorang. Sepatutnya kumpulan Sepah jangan meniru dan memperlekehkan penceramah agama dan motivasi Puan Norbahyah Mahmood yang berasal dari Yan, Kedah itu.
Apa motifnya Sepah meniru dan mempersenda watak motivator suami isteri itu? Lebih meyakitkan lagi pengkritik yang diberi jolokan ‘The Legend’ oleh pengacara AC Mizal memuji dan memberi markah penuh kepada Sepah dan mengiktiraf persembahan mereka sebagai jenaka Melayu terbaik. Masakan jenaka mempersendakan orang lain sebagai jenaka yang dimaksudkan sebagai terbaik dan patut diberi markah penuh?
Ini adalah kali kedua Sepah meniru dan mempersendakan tokoh motivasi tersebut. Kali pertama adalah di persembahan seminggu sebelum itu iaitu yang dibuat di Johor Baharu .
Walaupun komen ini tidak boleh mengubah apa-apa keputusan, diharap perkara sebegini tidak berulang. Sekiranya terjadi lagi selepas ini maka sahlah bahawa penonton berbangsa Melayu (Rata-rata penonton Maharaja Lawak adalah Melayu) memang mengiktiraf jenaka yang mempersendakan orang lain atau orang Melayu memang suka mempersendakan orang lain.
Saturday, June 18, 2011
DI MALAM TERAKHIR
Di malam terakhir ini
terasa melonjak hati
akan bersamamu hingga ke pagi
seperti mula kita bertemu dahulu
dan bangun segar di hening pagi
ceria wajahku menceritakan segalanya.
Di malam terakhir ini
hanya impian melangkaui tubuhku
engkau tinggalkan aku sendirian
di kamar duka ini seperti seringnya
dan aku tergapai bangun di dinihari
mengusap tubuhku sendiri kedinginan.
Di malam terakhir ini
aku hanya sempat
memeluk kedinginan pagi seorang diri
bersama kicau burung menyapaku
dan engkau membelakangiku
sepanjang malam dengan berbagai cerita
mengelak diri menghalang aku mendekatimu.
Di malam terakhir ini
aku ucap terimakasih
dapat juga mencium belakangmu
kerana itu sahaja yang engkau berikan kepadaku
atau itu sahaja yang layak untukku.
Jun 2011
Wednesday, June 1, 2011
JIKA SUDAH BEGITU
Jika sudah begitu
katakan sahaja tidak suka
tidak payah lagi banyak bicara
tidak payah bermuka-muka
dan tidak payah menampakkan ceria.
Jika sudah begitu
keputusanmu untuk tidak peduli
lebih baik aku juga ambil keputusan
untuk tidak lagi menanti.
Jika sudah begitu rumusan berakhir
untuk aku pergi
lebih baik aku tidak mengharap lagi.
Mei 2011
katakan sahaja tidak suka
tidak payah lagi banyak bicara
tidak payah bermuka-muka
dan tidak payah menampakkan ceria.
Jika sudah begitu
keputusanmu untuk tidak peduli
lebih baik aku juga ambil keputusan
untuk tidak lagi menanti.
Jika sudah begitu rumusan berakhir
untuk aku pergi
lebih baik aku tidak mengharap lagi.
Mei 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)